Kelas E-learning (Aplikasi typingclub.com) dan asas Microsoft Word

20 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18-19 Ogos 2020, di atas permintaan peserta iaitu Encik Peter Tan, PI Sibuluh telah mengadakan kelas asas e-learning iaitu peserta dikehendaki menggunakan aplikasi typingclub.com. Aplikasi ini adalah merupakan aplikasi menaip. Aplikasi ini ada pelbagai latihan yang membolehkan peserta menaip dengan pantas dan dapat mengurangkan kesalahan semasa menaip. PI Sibuluh juga telah mengadakan kelas asas Microsoft Word untuk menguji kemahiran menaip Encik Peter Tan. Kelas ini diadakan oleh En. Dixie dan ini merupakan kelas khas untuk individu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali